Pages

Showing posts with label ciplak Tahap Gaban. Show all posts
Showing posts with label ciplak Tahap Gaban. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Telur tiruan dah sampai Malaysia ....... Aku dah cakap dah......

Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal


2011/04/07

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur. 

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu. 

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen. 

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya. 

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu. 
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. 

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya. 

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA 


Dah la telur nie jual dengan harga sama pulaktu. memang Sengal Tahap Gaban la diorang nie , dah la tak bertanggungjawab lepastu nak untug banyak, makan duit HARAM la korang wei!!!!!! geram tul aku la....!!! patut pun cha ya nun alip ...


kalau korang nak tau macam mana dia buat telur nie sila tegok nie balik posting yang aku dah letak bulan lepas...


oleh kerana aku tak sempat nak cari berita malam tadi letak kat posting nie , aku letak la video cara diorang buat telur nie ok!


Sumber Bernama and FUJItv


cara diorang buat telur nie....serupa tapi tak sama!!!!
  







Tuesday, March 15, 2011

Beras dibuat dari Plastik made in China! ..... Ciplak Tahap Gaban

   

Ini lagi satu info menarik yang aku nak kongsi, China sekarang dah buat beras yang dibuat dari plastik beb! ini betul dah hilang akal dah nie. Betul-betul nak membuniuh orang.
   
Menurut pembuat beras nie diorang menyatakan kalau anda makan nasi dari beras ini adalah tidak bahaya! Tak bahaya ? betul- betul punya Sengal Tahap Gaban la korang nie. Dan sekiranya anda makan tiga pingan sehari ia bersamaan memakan satu beg plastik je.... Satu je!!! patut la masa sukan Olimpik hari tu ramai yang banyak bawak bekal dari negara sendiri, takut makan beras plastik dan telur tiruan la tu.

So kepada yang nak melancung ke China berhati-hati semasa memilih barang makanan kat sana ok.


Saturday, March 12, 2011

Telur dan angur buatan Manusia .... Ciplak Tahap Gaban

  

China make wonder!!! ini kali memang make wonder beb. Macam-macam benda yang di ciplak kat China nie. Bukan setakat barang-barang elektronik dan permainan diciplak kat sana tapi sekarang Telur ayam & itik dan Angur pun diorang ciplak jugak.Benda-benda nie diorang jual di pasar-pasar kat China sekarang.

Lepas nie aku nak cerita pulak pasal beras yang dibuat dari plastik yang dibuat kat china. Gila betul la diorang  nie, nak buat untung sampai nak bunuh orang.

Friday, February 18, 2011

China Make Wonder..... Ciplak Tahap Gaban

Siapa tak tau sekarang nie kebanyakan produk kegunaan kita buat kat China, bukan setakat itu China jugak dah jadi negara paling banyak menghasilkan barangan Ciplak Tahap Gaban..... Dalam entry nie ada beberapa jenis produk yg dihasilkan dan aku rasa korang boleh komen la... heheh.... sengal tul

nie baru sikit....... hehehe


 SpecialMan..... Clark Ben...


Hahaha Robert Cop 2.....


 Star knight ? Dart Vorder.....


PMUA meh...




sumber goify